NoGold SuperStar - Pencarian bintang telah bermula!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, sebelum kita melangkah lebih jauh, saya ingin berkongsi cerita tentang satu program realiti yang belum pernah dibuat oleh mana-mana forum di Malaysia ini.

Program yang dinamakan NoGold SuperStar ini ialah satu program mencungkil bakat-bakat terpendam dalam bidang nyanyian, yang uniknya dalam program ini para peserta perlu menghantar rakaman video ke laman Youtube sebelum dinilai di forum NoGold.

Dibawah saya sertakan perkara yang perlu anda tahu dan beberapa perkara asas untuk menjadi peserta program NoGold SuperStar

  • Intro berkenaan NoGold SuperStar
  • Promosi berkenaan NoGold SuperStar
  • Cara muat naik (upload) video nyanyian anda ke Youtube.
  • Format Thread/Topik Peserta NoGold SuperStar
  • NG$100 per undi, apa tu?
  • Jun 2009 bermulanya satu pencarian!
  • Bercambahnya Kelab Peminat
  • Julai 2009 persaingan bertambah hangat
  • Single, duet atau berkumpulan
  • Ogos 2009 debaran makin terasa
Ok kite mulakan dulu dgn introduksi berkenaan dengan NoGold SuperStar

Intro berkenaan NoGold SuperStar

Seperti yang saya ceritakan diawal tadi, NoGold SuperStar ialah satu program realiti pencarian bakat terpendam di kalangan ahli-ahli forum. Dalam program ini para peserta menghantar rakaman nyanyian mereka untuk di undi oleh ahli-ahli forum yang lain.

Program ini akan berlangsung selama 6 bulan dan telah bermula pada Jun 2009 yang lalu. Setiap bulan 3 peserta akan dipilih sebagai pemenang bulanan dan kesemua 18 pemenang ini akan diadili semula untuk memilih 5 peserta terbaik yang akan berentap di pentas akhir yang menawarkan hadiah melebihi RM18,000.

Mengenai syarat-syarat peraduan saya tidak akan ceritakan disini kerana jika betul anda berminat silalah mengunjungi Nogold.Com untuk maklumat lanjut.

Syarat-syarat penyertaan

Promosi berkenaan NoGold SuperStar

Kepada anda yang mungkin tidak berminat ataupun kurangnya keyakinan diri, turut dapat memenangi hadiah berupa wang ringgit jika anda berjaya membawa masuk 3 pemenang ke peringkat akhir.

Penganjur turut menawarkan satu lagi peluang kepada pengundi. Jika anda sebagai ahli forum mengundi rakaman terbaik peserta diperingkat awal setiap bulan akan memberikan anda satu tiket untuk cabutan bertuah yang menawarkan 10 hadiah misteri.

Cara muat naik (upload) video nyanyian anda ke Youtube.

OK, sekarang kita sudah tahu apa itu NoGold SuperStar dan juga hadiah yang ditawarkan beserta promosi yang diberikan. Teruja? sudah pasti tetapi sebelum itu kita kenalah belajar dahulu bagaimana caranya pula untuk upload nyanyian kita itu kedalam tempat yang betul iaitu di YouTube.Com

Dibawah disertakan manual yang disediakan oleh NoGold SuperStar Leader iaitu Cik Zureyna

Credit to Zureyna@NoGold.Com

Sila rujuk link dibawah untuk mengetahui bagaimana caranya untuk muat naik (upload) video anda dengan 2 cara :-

1) Memuat naik video yang dirakam menggunakan Camcoder/Digital camera ataupun mobile camera ke PC/laptop anda

2) Merekod video terus ke Youtube dengan mengunakan webcam.


Cara muat naik (upload) video ke YouTube.Com

Format Thread/Topik Peserta NoGold SuperStar

Saya mengandaikan bahawa anda semua sudah pun memuat naik (upload) video anda ke Youtube.Com dan sangat berpuas hati dengan cara nyanyian dan juga lagu yang dipilih. Anda perlu tahu yang pertandingan sedemikian tidak memandang suara anda sedap atau tidak kerana jika suara sedap tetapi anda tidak aktif diforum NoGold dan mempromosi video anda, kemungkinan besar undian untuk anda sudah pasti kurang berbanding peserta lain.

Jadi diharapkan selepas anda mendaftar dengan kami di NoGold.Com aktiflah sekerap mungkin sambil mempromosi video anda, kita juga dapat berkenal-kenalan, bertukar idea serta pendapat, juga sambil itu kita dapat mengumpul NG$ (point dalam NoGold). berkaitan NG$ akan saya ceritakan kemudian.

Jika anda sudah bersedia dengan video anda silalah daftar di NoGold.Com dan dibawah saya sertakan format yang betul (credit to Deale30 - NoGold SuperStar Assistant) untuk dibuka di Forum NoGold setelah anda mendaftar sebagai ahli forum.

Ini adalah perkara yang wajib kepada peserta-peserta NoGold SuperStar.

  1. Tajuk/Topic Thread
  2. Link url Youtube
  3. Ucapan Ringkas
Contoh Format:

Title:
Nogold Superstar - When I'm gone by deale30
*title yg same dgn title youtube video anda
Link:
http://youtube.com/watch?v=24hjdsh
*paste ini sahaja tanpa tanpa insert link atau format
Ucapan :
Sila la dengar nyanyian saya yg sangat sedap ini.

Makluman :

Kepada peserta yang telah membuka thread untuk menyertai NoGold SuperStar, anda tidak perlu membuka thread baru sekirannya thread yang dibuka sebelumnya tidak kelihatan.

Setiap thread penyertaan yang dibuka akan di nilai terlebih dahulu dan tidak akan kelihatan sehingga diperiksa oleh Crew NoGold SuperStar. Pihak pengurusan akan meluluskan Video yang menepati syarat penyertaan dan thread tersebut akan kelihatan dan wujud dalam carian anda. Anda juga akan memperolehi URL untuk undian bagi video anda.

NG$100 per undi, apa tu?

Inilah nilai yang harus dikorbankan oleh setiap pengundi kepada peserta, tetapi sebelum itu, sudah tentu anda akan bertanya "apa itu NG$? Bagaimana nak dapatkannya? Adakah pengundi atau pengunjung forum NoGold.Com perlu membayar untuk memiliki NG$?"

Jawapan kepada persoalan anda itu amatlah mudah. NG$ itu adalah virtual point atau money yang hanya digunakan didalam forum NoGold sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah membuka thread atau membalas posting pada thread kegemaran anda. Bagi setiap thread yang dibuka anda akan mendapat NG$100 dan jika anda membalas (reply) pada posting dithread rakan anda, anda akan mendapat NG$50, sungguh mudahkan untuk mengumpul NG$

Apa yang pasti anda tidak perlu membayar walau satu sen pun pada NoGold.


Banyak lagi kegunaan NG$ ini tetapi buat masa ini biarlah kita fokus kepada kegunaan NG$ pada NoGold SuperStar ini dahulu.

Jadi sekarang saya rasa apa itu NG$100 per undi, ya! setiap kali anda undi peserta pilihan anda, sistem NoGold akan memotong NG$ milik anda, lebih banyak anda undi lebih banyak pula NG$ anda akan dipotong, jadi perlulah banyak membuat posting untuk mengumpul NG$. lagi satu 'best'nya NG$ ini, setiap kali anda mengundi Bidding Power anda juga akan naik.

Apa itu Bidding Power? OK nanti kita akan cerita lebih lanjut bila sampai masanya. :-)

Jun 2009 bermulanya satu pencarian!

Tepat pukul 12.01am 1 Jun 2009 tempatnya di NoGold.Com satu pencarian seorang bintang telah bermula. Walaupun pada awalnya agak suram dengan penyertaan dari peserta tidak menyerlah hanya dua tiga orang sahaja yang mencuba nasib tetapi pada akhirnya setelah mengharungi 30 hari dengan undian yang bertalu-talu masuk, maka bintang yang pertama akhirnya telah dilahirkan.

Lihatlah senarai peserta yang berani menyahut cabaran NoGold SuperStar dan yang pasti salah seorang dari mereka ini adalah juara dan sekaligus membawa pulang hadiah bulanan berupa RM500 tunai. Bakat terpendam yang ada pada mereka ini telah mendatangkan hasil. Anda bagaimana?

OK kita kembali kepada senarai peserta, apa yang pasti peserta wanita lebih mendominasi pertandingan, adakah kerana rupa? suara? ataupun mungkin sebab lain?

Senarai Peserta Bulan Jun 2009
1. fasTiffany - Dan Sebenarnya
2. wakovic - Tawa Dalam Tangisan
3. jahar79 - Ratuku
4. evildead_78 - Mengintai Langit
5. money teacher - Warm Up
6. emeedeen - Terlalu Istimewa
7. Ayeen38 - Inginku Sandarkan Harapan

Senarai Pemenang Bulan Jun 2009

1. Dan Sebenarnya by fasTiffany (177 votes)
2. Inginku Sandarkan Harapan by Ayeen38 (167 votes)
3. Ratuku by jahar79 (112 votes)

Bercambahnya Kelab Peminat

Sejak bermulanya pencarian seorang bintang, kelab-kelab peminat atau Fan Club dengan pantas ditubuhkan oleh peminat masing-masing, disini kita dapat melihat sejauh mana pembabitan peserta dan juga peminat dalam mengatur strategi menarik undi dan juga mempromosi video mereka sendiri.

Peminat juga tidak jemu-jemu menjengah thread artis pujaan mereka, sambil bertukar-tukar pendapat yang diselang-seli dengan pelbagai usikan, menjadikan thread kelab peminat ini hangat, sehangat pertandingan NoGold SuperStar tersebut.

Buat masa ini sudah 10 kelab peminat ditubuhkan, ada yang tersangat aktif, ada pula yg suram. Bukan tiada peminat tetapi gerakan promosi yang kurang membuatkan thread tersebut jauh ketinggalan berbanding yang lain. Kalau dikaji semula pentingnya penubuhan kelab peminat ini, sudah pasti peserta tidak akan melepaskan peluang yang ada.

Jadi kepada anda yang berminat untuk menjadi peserta, jangan lupa untuk menubuhkan kelab peminat anda, kerana tanpa peminat siapalah anda dan juga kurangnya undi untuk anda, ini akan merugikan diri anda sendiri. Sharing is Caring

Julai 2009 persaingan bertambah hangat

Seperti yang dijangkakan bulan Julai menyaksikan persaingan yang makin hebat dengan jumlah undian yang sangat tinggi berbanding bulan sebelumnya. Namun trend pengundian masih lagi kepada siapa yang aktif diforum orang itulah yang paling banyak diundi, peserta yang bijak ialah peserta yang rajin melayani pengundi mereka, sekaligus mewujudkan kemesraan di antara mereka. Tujuannya satu sahaja, meraih undi untuk kemenangan sebagai NoGold SuperStar ke-2.

Syabas diucapkan kepada para peserta bulan Julai yang menampilkan pelbagai jenis genre lagu. Nampaknya mutu persembahan peserta juga makin meningkat dan diharap untuk bulan Ogos persaingan merebut juara ke-3 bertambah hebat.

Senarai Peserta Bulan Julai 2009


1. wakovic - Memburu Impian
2. rolex - Untukmu Sayang
3. nolie - Keangkuhanmu
4. ladoe - Seni Berzaman
5. kerolz - Berjuta Batu
6. bsmohd - Suralaya Dalam D Major
7. jahar79 - Kamelia

Senarai Pemenang Bulan Julai 2009

1. Nogold Superstar - Memburu Impian by wakovic (645 votes)
2. Nogold Superstar - Untukmu Sayang by Rolex (444 votes)
3. Nogold Superstar - Keangkuhanmu by nolie (95 votes)

Single, duet atau berkumpulan

Bagi merancakkan lagi pertandingan NoGold SuperStar telah menggalakkan pula peserta duet atau berkumpulan bagi merebut juara bulanan. Apa yang anda dapat saksikan pada bulan Ogos sudah ada peserta berkumpulan menyertainya. Semoga bertambah lagi pada bulan-bulan berikutnya.

OK, berkaitan dengan perubahan baru ini, diharap kepada bakal peserta dapat menggunakan peluang ini sebaik mungkin terutama kepada peserta yang mungkin malu atau kurang keyakinan untuk beraksi solo.

Diharap juga kepada para peserta untuk memilih lagu yang sesuai untuk pertandingan dan juga lagu yang sesuai dengan 'key note' suara supaya tidak ketara 'sumbang' ketika melayan lagu tersebut. Namun ianya terpulang kepada peserta kerana andalah yang menentukan samada anda layak bergelar juara atau tidak.

Ogos 2009 debaran makin terasa

Sudah dua orang ditabalkan sebagai juara NoGold SuperStar peringkat bulanan. Didalam bulan Ogos ini kita dapat menyaksikan beberapa lagi muka baru yang tidak kurang hebatnya. Apa yang pasti kali ini nampaknya peserta perempuan pula yang sedang mendahului.

Adakah trend selang seli akan berlaku? Kita tidak dapat mempastikannya sehinggalah 1 September nanti setelah kiraan dibuat maka akan wujudlah juara ketiga pula. Kali ini nampaknya para pengundi berhati-hati dalam memberi undi, mungkin ini adalah strategi mereka pada saat-saat akhir.

Siapa tahu? mungkin peserta yang pada asalnya kedudukan terbawah boleh memecut dan memotong peserta diatas, inilah yang harus dititik beratkan oleh peserta jika ingin menggapai status sebagai juara. Strategi dan promosi seharusnya berjalan beriringan.

OK, kita lihat pula senarai peserta terkini bagi bulan ini.

Senarai Peserta Bulan Julai 2009
1. cordelia - Matahariku
2. Lavendar - Standing In The Eyes Of The World
3. momok - Tiada Lagi Kidungmu
4. kingnorth - Jujur
5. deale30 - Cari Tapak
6. azizwan - Kasihnya Laila
7. bsmohd - Permainan Duniawi

Copyright © 2009 - NoGold SuperStar - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template